Dimana segalanya bermula untuk aku, Sharifah Nur Syamiera.

Apa Yang Dikatakan Dengan Permulaan.


Blog ini ditubuhkan bukanlah untuk bercerita atau berbual kosong semata-mata. Tetapi untuk mengaplikasikan jari yang telah diberikan untuk menaip. Sekiranya didapati blog ini kurang lah best, disarankan korang hendaklah menghentakkan kepala kedinding sebanyak tiga kali dan teruskan membaca. Kerana korang hanya mampu merasai kelainanya dan mendapati bahawa blog ini sungguh 'Pehh!' selepas hentakan tersebut. Blog ini sungguh membosankan dan tiada intipati yang berguna jadi dalam keadaan korang yang kurang normal diakibatkan oleh hentakan tiga kali, korang akan lebih bergaya membacanya dalam keadaan begitu.




Kau Muzik Di Blog Aku.






As Time Pass By
Tuesday, August 16, 2011

Petang tadi tengok dekat luar jendela. Ada kanak-kanak bersuka ria main sesama sendiri berdekatan dengan bazar ramadhan. Bila fikir balik, seronok jadi kanak-kanak ni kan. Tengok diorang main, berlari sana sini, hidup diorang dengan diri diorang sendiri. Takde masalah yang nak difikirkan, takde kerja remeh temeh yang kena buat. Kerja diorang main je. Bangun pagi, makan, main, tidur, main lagi, macam tu lah kehidupan diorang seharian. Tak payah susah-susah nak fikirkan perasaan orang, sebab orang faham yang kita tak mengerti ape-ape lagi. Bila kite main lumpur sekali pun, orang masih anggap kite comel. Tapi bile dah besar panjang macam ni, ade ke lagi yang nak cakap kite comel bile main lumpur? Semestinye tidak. Haha.

Tapi bila fikir untuk kali kedua, ada jugak kekurangan jadi kanak-kanak ni. Waktu tu kite tak faham satu ape pun. Dunia kita dalam satu bulatan yang same. Pusing-pusing tang tu jugak. Kalau nak dibandingkan dulu dengan sekarang, bile dah remaje ni, kite lebih alert dengan perubahan sekeliling. Mase remaje ni jugaklah kite belajar macam mane menyukai orang, macam mane nak bercinta, macam mane rase disakitkan, tahu nak berkawan dan semualah. Waktu ni lah orang cakap waktu kemuncak dalam tempoh mase kite hidup. Semua ape yang kite rase pahit, manis dalam waktu ni.

Kesimpulannya, dua zaman yang berbeza ni banyak memberi impak dalam diri kite. Semuanya dah tertulis, kalau kite nak jadi remaje, kite kene lah jadi kanak-kanak dulu. Same jugaklah macam, kalau kite dah jadi remaje, kite tak boleh dah nak jadi kanak-kanak balik. Sebab semua tuh dah diatur oleh Allah. Kite manusia memang tak pernah puas hati dalam ape pun. Sebab tu kadang-kadang kite rase macam nak putarkan balik mase kehadapan, ataupun kebelakang supaya kite tak payah nak hadapi benda yang kite taknak hadapi.

Biaselah, kalau dah name manusia, manusia jugak. Hehe.




Goodbye.

FOLLOW BLOG



FACEBOOK TWITTER