Dimana segalanya bermula untuk aku, Sharifah Nur Syamiera.

Apa Yang Dikatakan Dengan Permulaan.


Blog ini ditubuhkan bukanlah untuk bercerita atau berbual kosong semata-mata. Tetapi untuk mengaplikasikan jari yang telah diberikan untuk menaip. Sekiranya didapati blog ini kurang lah best, disarankan korang hendaklah menghentakkan kepala kedinding sebanyak tiga kali dan teruskan membaca. Kerana korang hanya mampu merasai kelainanya dan mendapati bahawa blog ini sungguh 'Pehh!' selepas hentakan tersebut. Blog ini sungguh membosankan dan tiada intipati yang berguna jadi dalam keadaan korang yang kurang normal diakibatkan oleh hentakan tiga kali, korang akan lebih bergaya membacanya dalam keadaan begitu.




Kau Muzik Di Blog Aku.






Kosong
Thursday, July 21, 2011

Tiada apa yang membelenggu perasaan kebelakangan ni. Hanya fikiran yang berkecamuk memikirkan peperiksaan kecil yang bakal dihadapi selapas cuti pertengahan semester ni. Haram satu apa tak sedia lagi. Tapi tidak mengapa, I'm always a last-minute person but I admit I was good at it. Jadi, keputusan muktamad! Belajar semasa waktu kecemasan.

Ok. Habis cerita satu bab. Bab seterusnya, please? Seronok tengok orang bahagie. Balik cuti ni ada sahaje cerita mereka. Baik dari mama, kakak, along, ayah, abah, kawan-kawan dan semualah. Well, things like this makes me wonder, "Did I just miss something while I was not around?" Mungkin. Banyak bab dalam hidup keluarga aku yang aku dah terkoyak muka suratnya. Dan sampai sekarang, aku tak pasti dah sampai ke muka surat yang keberapa perjalanan hidup kami sekeluarga. Entah dekat tengah ke, dekat depan lagi ke. Tapi yang pasti, tak mungkin dah sampai penghujungnya sebab cerita aku tak banyak lagi dalam bab-bab ni. At least kalau nak sampai ke "The End" tu pun biarlah penghabisan cerita tu aku dah berkahwin plus ada anak kembar. Ok. Ada poyo disitu. Cut a crap! Haha.

Walaupun cerita kehidupan aku je yang tak sempurna lagi, tiada permulaan dan tak nampak lagi penghujungnya, tetapi melihat dari sisi lain bahawa keluarga aku sedang mengalami fasa kebahagiaan cukup buat aku rasa sempurna. Tak ada ape yang bernilai melainkan senyum diwajah-wajah tersayang tu. (jiwang lah pulak). Walapun suatu hari nanti, kakak akan berkahwin dan begitu juga along. Mama & Ayah dengan life dia, Abah & Aunty dengan life dia, aku sedar bahawasanya selepas tu aku yang akan terkongtang-kanting sorang sorang. Aku tak kisah pun. Sebenarnya dari mula lagi aku dah cuba belajar macam mane nak hidup sorang tanpa menyusahkan dorang supaya as time past by, aku tak terasa sangat berjauhan dengan dorang dalam hidup aku.

Jujur aku katakan, aku susah nak tunjukkan sayang aku dekat dorang terutamanya Mama. Tak tahu mengapa. Mungkin dalam satu tahap tu, aku rasa kakak lebih memerlukan Mama berbanding aku. Kakak lebih pandai tunjukkan sayang dia berbanding aku. Ego lah kot aku ni dengan mama sendiri pun taknak tunjuk sayang. Tapi entah. Tak ade jawapan yang specific untuk persoalan tu. Aku selalu berfikir bahawa aku selalu menjadi harapan Mama. Dan mungkin sebab tu, keutamaan aku hanya satu iaitu jadi anak yang boleh membanggakan Mama. I've put so much efforts on this. Sebab tu kadang-kadang aku serious dengan Mama hanya untuk nak tunjuk kesungguhan aku. Susah jugak macam ni rupanya, but I will use it as my Wake-up-call so by anything I will not forget the main purpose of it. Mark my word Mama, one day your smile will glittering all over the world because I just made your wishes came true. Haha. InsyaAllah.

All the up-side-down that I've been through, all this obstacles keeps me getting stronger. By hook or by crook, I will remains being the same Sharifah Nur Syamiera bt Syed Isa and the same girl that I look in the mirror now.

Till then (:



Goodbye.

FOLLOW BLOG



FACEBOOK TWITTER