Dimana segalanya bermula untuk aku, Sharifah Nur Syamiera.

Apa Yang Dikatakan Dengan Permulaan.


Blog ini ditubuhkan bukanlah untuk bercerita atau berbual kosong semata-mata. Tetapi untuk mengaplikasikan jari yang telah diberikan untuk menaip. Sekiranya didapati blog ini kurang lah best, disarankan korang hendaklah menghentakkan kepala kedinding sebanyak tiga kali dan teruskan membaca. Kerana korang hanya mampu merasai kelainanya dan mendapati bahawa blog ini sungguh 'Pehh!' selepas hentakan tersebut. Blog ini sungguh membosankan dan tiada intipati yang berguna jadi dalam keadaan korang yang kurang normal diakibatkan oleh hentakan tiga kali, korang akan lebih bergaya membacanya dalam keadaan begitu.




Kau Muzik Di Blog Aku.






Tak Ada Apa Melainkan
Friday, May 13, 2011
Sometimes kita memang mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tak kiralah dari aspek apa sekali pun. Macam dalam kehidupan-kehidupan seharian, kita selalu kena buat perbandingan yang macam ni, 'Antara MNG dengan FOREVER 21, mana satu lagi vouge?' atau pun 'SUBWAY dengan McDONALD'S mana satu lagi sedap?'. Well, both are with the same purpose, LOOKING FOR THE BEST. Ada yang pertikaikan tapi orang ramai tak perasan yang sebenarnya dalam kehidupan seharian dorang sendiri tanpa disedari, dorang dah pun membuat perbandingan.

Siapa taknak yang tebaik untuk diri sendiri, betul tak? Semua mahukan yang terbaik. Tetapi, kadang-kadang bila kita dah dapat satu keputusan yang kita rasakan tepat dari perbandingan tadi, pasti akan ada orang yang terasa hati. Sebagai contoh, kita dah buat keputusan untuk makan dekat Subway tapi partner kita pulak berkeras nak pergi Mc Donald's. Memandangkan kita mahukan yang terbaik kita terpaksa menolak untuk pergi ke Mc Donald's dan pada masa yang sama kita dah pun meleburkan hasrat dia.

Untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik, mesti ada pengorbanannya. Kita kena banyak berkorban sama ada untuk diri sendiri ataupun untuk orang lain. Bila kita dah dapatkan yang terbaik, kita akan sedar bahawa dalam setiap kepahitan yang kita lalui tu sebenarnya adalah jalan untuk kita dapatkan kemanisan. Dan kita akan tahu bahawa segala apa yang kita lalui sebelum tu, semuanya berbaloi.



Goodbye.

FOLLOW BLOG



FACEBOOK TWITTER