Dimana segalanya bermula untuk aku, Sharifah Nur Syamiera.

Apa Yang Dikatakan Dengan Permulaan.


Blog ini ditubuhkan bukanlah untuk bercerita atau berbual kosong semata-mata. Tetapi untuk mengaplikasikan jari yang telah diberikan untuk menaip. Sekiranya didapati blog ini kurang lah best, disarankan korang hendaklah menghentakkan kepala kedinding sebanyak tiga kali dan teruskan membaca. Kerana korang hanya mampu merasai kelainanya dan mendapati bahawa blog ini sungguh 'Pehh!' selepas hentakan tersebut. Blog ini sungguh membosankan dan tiada intipati yang berguna jadi dalam keadaan korang yang kurang normal diakibatkan oleh hentakan tiga kali, korang akan lebih bergaya membacanya dalam keadaan begitu.




Kau Muzik Di Blog Aku.






Let Go
Friday, May 6, 2011
Kadang-kadang, setiap sesuatu yang terjadi tu ada hikmahnya. Baik ke buruk ke, sama je. Cuma kita je yang kena pandai nak menerimanya. Sama je ceritanya dengan macam mana kita nak terima hakikat bahawa sesuatu yang kita terlampau nak kan sangat, tapi dalam pada masa yang sama kita tahu kita tak mungkin boleh dapat. Macam aku, aku terlampau lah taksub sangat nak kan Si Bruno Mars, tapi aku tahu aku tak akan pernah dapat. Well, takpe. Mungkin kitorang takde jodoh. Aku terima kenyataan tuh.

Tapi bagi aku, tak semestinya sesuatu yang kita nak tu kena jadi milik kita. Kalau jadi milik kita sekali pun, mungkin dia tak sudi nak bersama dengan kita. Memang pedih lagi perit kalau nak fikirkan kenyataan yang macam tu. Tapi nak buat macam mana. Kalau bukan kita yang boleh buat dia bahagia, jadi jalan yang terbaik sekali lepaskan dia. Mungkin dengan orang lain dia lebih bahagia, siapa tahu kan? Takde yang lebih baik selain melihat kebahagiaan dia. Asalkan dia bahagia, dah cukup buat kita. Walaupun dia sebenarnya tak tahu kita selalu memerhatikan dia dari jauh dan memastikan dia akan selalu bahagia.

So kepada Bruno Mars, sorry terpaksa reject you harituh. We'll try in the future ok. Biar masa tu kau dah duduk Malaysia and kau dah tukar nama jadi Ahmad Bruno Mars bin Abdullah. Bila masa tu tiba, anytime je aku terima kau.



*Gambar Bruno Mars dah ade dalam purse :)







Goodbye.

FOLLOW BLOG



FACEBOOK TWITTER