Dimana segalanya bermula untuk aku, Sharifah Nur Syamiera.

Apa Yang Dikatakan Dengan Permulaan.


Blog ini ditubuhkan bukanlah untuk bercerita atau berbual kosong semata-mata. Tetapi untuk mengaplikasikan jari yang telah diberikan untuk menaip. Sekiranya didapati blog ini kurang lah best, disarankan korang hendaklah menghentakkan kepala kedinding sebanyak tiga kali dan teruskan membaca. Kerana korang hanya mampu merasai kelainanya dan mendapati bahawa blog ini sungguh 'Pehh!' selepas hentakan tersebut. Blog ini sungguh membosankan dan tiada intipati yang berguna jadi dalam keadaan korang yang kurang normal diakibatkan oleh hentakan tiga kali, korang akan lebih bergaya membacanya dalam keadaan begitu.




Kau Muzik Di Blog Aku.






Kisah Sebuah Blog
Sunday, May 8, 2011
6 May 2011

I have been looking around and tiba-tiba, terasa macam nak drop by dekat satu blog ni. Tak boleh nak mention blog siapa, sebab nanti kena banned.

Tanpa membuang masa, aku bacalah semua entry dia. Dalam pada masa yang sama, saja pilih blog tu sebagai bacaan untuk aku yang tengah bosan ni. Terlintas dekat fikiran aku bila baca, 'hmm, ni blog orang patah hati ni,' (ok miera, kau dah macam stalker sekarang)

Tak dinafikan memang beliau sedang mengalami ke'frust'an yang teramat sangat. All entry dia pasal ditinggalkan dan meninggalkan.

Baru putus cinta lah ni kot. Takpelah.


7 May 2011

As usual bosan macam hari yang lepas. Aku pun terfikir macam nak tengok lagi blog budak yang aku tengok semalam.

(stalker untuk hari kedua)

Haha. Dapat pun! Tak sangke aku ni stalker yang hebat sebab aku ingat url blog dia. Ok. ada entry baru. Ni yang buat best nak baca ni. Tapi entry baru dia kali ni, masih lagi tentang orang yang sedang patah hati. Simpati pulak aku rasa untuk dia.

Tapi nak buat macam mana, hidup mesti diteruskan.


8 May 2011

Iaitu hari ni. Aku baru je singgah tengok blog dia tadi. Yess, ada entry baru dan macam biasa genre entry dia masih berkenaan dengan benda yang sama. Siapalah gerangan orang yang dia gah-gah kan tu agaknya.


Konklusi;

Ye, aku tahu bahawa dia masih lagi menyayangi dan menyintai mantan kekasih dia. Tapi dari apa yang aku baca, dia terlampau ikut kan perasaan dia. Aku bukan nak jaga tepi kain orang but aku just nak kemukakan pendapat aku sebagai pembaca. Memanglah pedih bila ditinggalkan, dan tak dinafikan aku pernah alami apa yang dia lalui sekarang. Perasaan memang kita tak boleh nak control, tapi try to look at another side of it. Apa yang kita dapat dengan semua tu. Berbaloi ke? Jangan terlalu emosi. Diri kita sendiri yang kita kena fikirkan. Dari apa yang aku baca, mungkin kesalahan tu berpunca dari dia, dan dia mengakuinya. Tapi benda dah lepas dan dah berlaku pun. Tak guna nak menyesal. Siapalah aku nak bercakap pasal hidup di kan, sebab we were never a friend. Dia tak kenal aku,aku pun tak kenal dia. I'm not one of her followers and so do her.

Apa yang aku boleh cakapkan, 'get rid of it'. Please have some pity to yourself. Because according to what you are doing now, you are torturing yourself.

*To the owner of that blog, sorry because I stalk your blog that much.



Goodbye.

FOLLOW BLOG



FACEBOOK TWITTER