Dimana segalanya bermula untuk aku, Sharifah Nur Syamiera.

Apa Yang Dikatakan Dengan Permulaan.


Blog ini ditubuhkan bukanlah untuk bercerita atau berbual kosong semata-mata. Tetapi untuk mengaplikasikan jari yang telah diberikan untuk menaip. Sekiranya didapati blog ini kurang lah best, disarankan korang hendaklah menghentakkan kepala kedinding sebanyak tiga kali dan teruskan membaca. Kerana korang hanya mampu merasai kelainanya dan mendapati bahawa blog ini sungguh 'Pehh!' selepas hentakan tersebut. Blog ini sungguh membosankan dan tiada intipati yang berguna jadi dalam keadaan korang yang kurang normal diakibatkan oleh hentakan tiga kali, korang akan lebih bergaya membacanya dalam keadaan begitu.




Kau Muzik Di Blog Aku.






UiTM Seri Iskandar, Perak
Monday, December 13, 2010



Photobucket

Ye. Entry kali ni memamg se'GAH' tajuknya. Mungkin ada juga segelintir yang berfikir, 'Pehh pandai seh budak ni dapat belajar dekat UiTM'. Tapi, siapalah aku nak menidakkan kebenaran. Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang mungkin berfikir macam tuh. Aku bukan lahh bangga mana pun dapat melanjutkan pelajaran dekat situ untuk Intake December ni. (Gila tak bangga weh) Bak kata orang dulu dulu, Rezeki Jangan Ditolak.


Ye. Memang asalnya nak bercerita pasal keberhasilan aku dalam menempatkan diri sebagai siswi di UiTM. Alhamdulillah segala penat lelah, susah payah, jatuh bangun yang aku hadapi akhirnya membuahkan hasil yang sangat lumayan. Aku tidak perlu bersusah payah sebegini sekiranya keputusan aku untuk melanjutkan pelajaran ke Oxford mahupun Cambridge. Tapi ternyata UiTM lebih mementingkan kualiti dan prestasi. Syabas! Itu membuktikan kemantapan Industri Pendidikan di negara kita.


Ye. Apa lagi yang nak aku minta selain melihat seukir senyuman diwajah Mama yang sememangnya mengharapkan sesuatu dari aku. Bagi aku, aku rasakan seperti aku dah berjaya melengkapkan 'wishlist' aku kerana Mama memang tersenyum apabila berita kemasukan aku ke UiTM sampai ke pengetahuan dia. Tahniah diriku! Kerana kau berjaya membuat Mama tersenyum. Ini aku rasakan adalah pencapaian aku yang paling tinggi antaranya sama level seperti menggenggam Segulung Ijazah. Tapi, siapa tahu suatu hari nanti memang betul aku bakal menggenggam Segulung Ijazah? InsyaAllah. (Besar cita-cita kau Miera)


Ye. Tak dinafikan ada sedikit gentar dalam putaran masa untuk sampai ke tarikh 27 Disember 2010 ini. Dimananya lagi aku nak membiasakan diri dengan hostel, persekitaran dan 'roomates' yang aku harapkan satu kepala dengan aku. Sebab aku akan menghabiskan masa 3 tahun bersama dia. So hopefully luck is always be on my side. Aku gerenti siapa sahaja yang akan menjadi 'roomates' aku nanti, there's nothing you should worry about. Aku sangat cool ok. Haha.


Ye. Apa lagi yang sangat digeruni oleh bakal junior seperti aku tidak lain dan tidak bukan berhadapan SENIORS. Bukan lahh aku tidak pandai dalam bergaul, cuma aku memerlukan masa untuk pandai dalam hal sebegitu. Aku tidaklahh se'boring' Lindsay Lohan atau se'awkward' William Hung. Aku cuma perlukan masa. Itu sahaja yang mampu aku describekan. Dan yang paling penting, minggu orientasi adalah minggu yang paling aku tidak nanti-nanti kan. Kalau lahh boleh aku demam untuk seminggu tuh dan tak payah attend any of orientation day, that would be such a pleasure for me.

Till then ♥


p/s; Seniors, please be good to me!













Goodbye.

FOLLOW BLOG



FACEBOOK TWITTER