Dimana segalanya bermula untuk aku, Sharifah Nur Syamiera.

Apa Yang Dikatakan Dengan Permulaan.


Blog ini ditubuhkan bukanlah untuk bercerita atau berbual kosong semata-mata. Tetapi untuk mengaplikasikan jari yang telah diberikan untuk menaip. Sekiranya didapati blog ini kurang lah best, disarankan korang hendaklah menghentakkan kepala kedinding sebanyak tiga kali dan teruskan membaca. Kerana korang hanya mampu merasai kelainanya dan mendapati bahawa blog ini sungguh 'Pehh!' selepas hentakan tersebut. Blog ini sungguh membosankan dan tiada intipati yang berguna jadi dalam keadaan korang yang kurang normal diakibatkan oleh hentakan tiga kali, korang akan lebih bergaya membacanya dalam keadaan begitu.




Kau Muzik Di Blog Aku.






Hello-Bye ?
Friday, December 24, 2010
Beberapa hari je lagi sebelum aku melangkah lebih jauh untuk menjadi pelajar kembali. Ye. Tidak dinafikan perasaan yang agak bercampur baur ni seakan berat nak pergi. Jauh dari keluarga. Serasa aku baru semalam 1/12/2010 dan bila aku bangun pagi sebentar tadi, tiba tiba kalendar menunjukkan 24/12/20210. Wahh, masa memang berlalu dengan pantas sekarang. Bermakna aku masih berbakikan 3 hari lagi disini.

Beratnya hati, berat lagi kaki nak melangkah pergi. Apa yang boleh aku buat, biarkan saja peredaran masa yang menentukan segalanya. Bila difikirkan sangat memang malas. Dulu masa bekerja, sibuk nak belajar. Sekarang, bila dah dapat lain pula jadinya. Biasalah manusia, mana pernah nak puas. Ada je yang tak kena itu ini.

Maka, akan ku gagahkan diri untuk semua itu. Dan apa yang aku harapkan hanyalah yang terbaik. Semoga semuanya berjalan lancarkan?



Goodbye.

FOLLOW BLOG



FACEBOOK TWITTER