Dimana segalanya bermula untuk aku, Sharifah Nur Syamiera.

Apa Yang Dikatakan Dengan Permulaan.


Blog ini ditubuhkan bukanlah untuk bercerita atau berbual kosong semata-mata. Tetapi untuk mengaplikasikan jari yang telah diberikan untuk menaip. Sekiranya didapati blog ini kurang lah best, disarankan korang hendaklah menghentakkan kepala kedinding sebanyak tiga kali dan teruskan membaca. Kerana korang hanya mampu merasai kelainanya dan mendapati bahawa blog ini sungguh 'Pehh!' selepas hentakan tersebut. Blog ini sungguh membosankan dan tiada intipati yang berguna jadi dalam keadaan korang yang kurang normal diakibatkan oleh hentakan tiga kali, korang akan lebih bergaya membacanya dalam keadaan begitu.




Kau Muzik Di Blog Aku.






Sempurna Ke Tidak?
Monday, September 6, 2010

Apa yang orang selalu katakan dengan kesempurnaan? Kalau nak diikutkan pada dasarnya, memang tak ada benda yang sempurna dekat dunia ni. Tak kira lah macam mana cantik atau kacak pun seseorang tuh, mesti ada spoil dekat suatu sudut.

Tapi pelik kenapa orang masih lagi mencari kesempurnaan sedangkan dorang sedar, TAKKAN ADA BENDA YANG SEMPURNA dalam dunia ni. Kalau ditanya kenapa mesti jawabnya, 'tak salahkan mengharap?'. Ya. Memang tak salah. Dan kita tak boleh salahkan diri kita sebab mencari kesempurnaan. Manusia memang macam ni, selalu nakkan yang terbaik. Dan kita hanya mampu berharap pada sesuatu yang mungkin ataupun tidak.

Tetapi sekali kita dah berjumpa dengan orang yang kita rasakan cukup sempurna, kita akan sedar bahawa dalam masa yang sama kita dapat menerima kelemahan dia.

Hujung pangkalnya, kesempurnaan tuh taklah penting. Kalau sempurna sangat pun susah. Cukup dengan hanya penerimaan, kita dah dapat rasa yang dia sempurna.

Nota: Betul ke macam ni?





Goodbye.

FOLLOW BLOG



FACEBOOK TWITTER