Dimana segalanya bermula untuk aku, Sharifah Nur Syamiera.

Apa Yang Dikatakan Dengan Permulaan.


Blog ini ditubuhkan bukanlah untuk bercerita atau berbual kosong semata-mata. Tetapi untuk mengaplikasikan jari yang telah diberikan untuk menaip. Sekiranya didapati blog ini kurang lah best, disarankan korang hendaklah menghentakkan kepala kedinding sebanyak tiga kali dan teruskan membaca. Kerana korang hanya mampu merasai kelainanya dan mendapati bahawa blog ini sungguh 'Pehh!' selepas hentakan tersebut. Blog ini sungguh membosankan dan tiada intipati yang berguna jadi dalam keadaan korang yang kurang normal diakibatkan oleh hentakan tiga kali, korang akan lebih bergaya membacanya dalam keadaan begitu.




Kau Muzik Di Blog Aku.






Kejadian Malam Sabtu
Saturday, September 4, 2010
Malam tadi, duduk menghadap televisyen menonton cerita Cheaper By The Dozen. Sambil berkata dalam hati, 'hmm, lama tak tengok cerita ni. rindu.' Hakikatnya; lama juga la tak tengok. Ok. Dah agak malam aku rasakan patutlah sekeliling pun sunyi sebab semua dah bermimpi dimalam hari.

Hanya dengan bertemankan volume yang agak kuat sambil mengosok gigi dihadapan televisyen, jiran atas rumah kondominium milik mak bapak aku ni macam kena taufan. Apa yang disibukkan sangat sampai kena berkemas dikala jiran sekeliling dah pun tidur. Pelik. Atas sebab munasabah, aku hiraukan je.

Selang beberapa minit; Masih dan masih. Bunyi bising yang sama. Bunyi kerusi diseret, meja dihentak. Apa semua ni. Bole tak jangan kacau malam aku.

Oleh kerana bunyi yang berterusan tuh, teringat aku sekejap pasal cerita yang keluar dalam paper itu hari. Sebijik macam apa yang berlaku malam tadi.

Dimana seorang penghuni kondo yang selalu diganggu dengan bunyi bunyian ni. Biasa la lelaki, atas kerana sifat kurang sabar, dia nekad pergi berjumpa dengan penghuni yang duduk dekat atas. Tanggapan lelaki ni, anak-anak jiran dialah yang selalu membuat onar. Tapi dinafikan sendiri oleh ibu bapa mereka.

Kerana curiga dia yang amatlah tinggi, dia pergilah berjumpa dengan orang yang expert pasal benda benda ni. Akhirnya, dia dapat satu jawapan yang pasti. Sebenarnya malam dia yang selalu diganggu adalah disebabkan makhluk lain.

Tapi setahu aku bulan Ramadhan mana ada setan berkeliaran. Mungkin ada la seekor dua yang dah terlepas dari kandang. Lepas je dari tuh, capai remote, tutup kipas, masuk bilik dan tidur. Tak betah rasanya nak berlama lama dekat ruang tamu tuh.

Nota: Dorang pun nak beraya juga. Tuh yang berkemas bagai nak rak.



Goodbye.

FOLLOW BLOG



FACEBOOK TWITTER